Search This Blog

Friday, December 9, 2011

Mikro Pengajaran Bahasa Melayu

KAEDAH PENGAJARAN

Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik dan pendekatan.  Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran.  Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.  Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.  Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992).  Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan  kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.  Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik.  Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.
            Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.  Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.  Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987),  nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.
            Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.  Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
            Demikian juga dengan Hasan Langgulung  (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu   adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. 
            Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua   pelajar  dalam semua keadaan.  Kaedah harus berubah  mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.  Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.  
            Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:
·         kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran
·         kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai
·         kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar
·         kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
·         kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
·         mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan
·         kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang  ada.
         An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar  yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar.  Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.  Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.
            Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.  Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.  Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
·         Tujuan am (learning goal)
·         Objektif pelajar (specific objective)
·         Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit
tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
·         Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar
·         Penilaian (sumative evaluation) untuk pencapaian pelajar
Kata Cangelosi (1992): Learning goal is the overall purpose of the teaching unit.  It indicates what students are expected to learn. Specific objective, define the learning goal.  That is a number of specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire. (ms. 24)
                Parrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu:
·         Planning
·         Implementation
·         Evaluation
           Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru.  Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan.  Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching).  Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas.  Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah.  Inilah dia guru yang efektif (effective teacher).
             “…effective teacher is one who is able to demonstrate the ability to bring about intended learning goals”.  Parrott (1986:5)
             Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas.  Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang  pendidikan Islam atau penerapan nilai Islam.  Ini juga harus dirancang dengan saksama.  Iaitu  apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya.  Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam dengan cara yang betul.  Jadi, penekanannnya ialah penghayatan Islam, bukannya peperiksaan.  Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal memberi pendidikan Islam, iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi orang Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah.
Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher).  Ia bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar (Huitt, 1994).  Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya.  Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976).

Thursday, December 8, 2011

Sajak

Ramai orang yang berkata
Guru kerjanya senang sahaja
Cukup bulan gaji, cukup masa cuti
Namun mereka lupa
Tanpa guru siapakah kita hari ini?
Tanpa guru bagaimanakah negara masa kini?
Tanpa guru bermaruahkah kita di sisi Ilahi?
Guru pencetus minda kelas pertama
Guru pembekal modal insan negara
Guru umpama arkitek bangsa 
Adakah mudah seperti yang disangka?
Ayuh guru-guru yang budiman!
Tunjukkan kita pejuang yang setia
Pembela nasib negara
Walau dipukul ombak, dibadai gelora
Tetap berjuang demi negara tercinta
Demi generasi pewaris bangsa
Demi agama, bangsa dan negara
Hasil nukilan : Dina

Wednesday, December 7, 2011

Pengajaran Makro Bahasa Melayu Tahun 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5
Mata Pelajaran : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
Kelas : Tahun 5 Cempaka
Masa : 30 minit
Bil. Murid : 24 orang
Unit : 8. Masalah Semasa Perjalanan
Tajuk : 1. Mari Kita Selidik
Kemahiran :   
Fokus Utama : 4.2 Aras 3 (i)             
Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)                 
PKJR : 3.1.3, 3.1.4, 10.1.9, 10.1.10
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :         
1) Melengkapkan jadual undang-undang dan peraturan bagi pengguna jalan raya dengan betul.
2) Membandingkan perbezaan undang-undang dan peraturan pengguna jalan raya dengan bahasa yang betul.
Aktiviti : 
1) Bersoal jawab dengan murid tentang cara mereka ke sekolah.  
2) Perbincangan dengan murid tentang apakah undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya.    
3) Menunjukkan poster dan bersoal jawab dengan murid tentang perlakuan berbahaya oleh pengguna jalan raya di dalam poster.      
4) Menunjukkan kad frasa tentang undang-undang dan peraturan jalan raya dan murid diminta membaca kad frasa tersebut.
5) Mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapi oleh murid.  
6) Secara lisan, beberapa orang murid diminta menyatakan jawapan mereka.
7) Guru merumuskan isi pelajaran dan nilai-nilai murni.
Sistem Bahasa :
1) Tatabahasa - Imbuhan awalan. Cth : memakai, berjalan, menghadap
2) Kosa kata - kemungkinan, wajib, patuh
Pengisian Kurikulum : 
1) Ilmu - Pendidikan Sivik dan Kemasyarakatan
2) Nilai - kerjasama, hormat-menghormati
3) KBKK - menjana idea, membanding dan membeza
Media Pengajaran (BBM) : poster, kad frasa, lembaran kerja
Bahan Rujukan : Buku Panduan PKJR Tahun 5, Buku Aktiviti PKJR Tahun 5
Refleksi : 21 daripada 24 orang murid menjawab semua soalan lembaran kerja dengan betul.


LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
LANGKAH DAN MASA
ISI        PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN







Set Induksi
( 4 minit )

  • Soal jawab tentang cara pergi ke sekolah.

  •      Bersoal jawab dengan murid tentang cara mereka ke sekolah.
·         Pejalan kaki
·         Penunggang basikal
·         Penumpang kereta
·         Penumpang bas
·         Pembonceng   motosikal

  •      Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.


  •  Teknik Soal Jawab










Langkah 1
( 8 minit )

  • Perbincangan tentang poster ‘Perlakuan Berbahaya’.

  •      Guru menunjukkan poster dan menyoal murid tentang perlakuan berbahaya dalam poster.

  •      Murid meneliti dan mengenal pasti perlakuan berbahaya dalam poster untuk menjawab soalan guru.
·         Pejalan kaki
·         Penunggang basikal
·         Pemandu kereta
·         Penumpang kereta
·         Penunggang motosikal
·         Penumpang bas


  • Media Pengajaran :
                    Poster

  • KBKK
        Menjana Idea
        Membanding dan
 Membeza

















Langkah 2
( 15 minit )
  • Kad frasa tentang ‘Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya’.




  • Sistem Bahasa tentang ‘Imbuhan Awalan’.







  • Lembaran kerja untuk menilai pemahaman murid tentang tajuk pelajaran.
(Melengkapkan jadual undang-undang dan peraturan bagi pengguna jalan raya di bawah.)
  •      Guru menunjukkan kad-kad frasa tentang ‘Undang-undang dan peraturan jalan raya kepada murid.

  •       Murid membaca kad-kad frasa.

  •       Murid mencari dan menyebut perkataan yang berimbuhan awalan dalam kad-kad frasa.
·         Berjalan
·         Memakai
·         Menghadap
·         Beratur
·         Melintas
·         Bermain
·         Sebelum

  •      Guru mengedarkan lembaran kerja.

  •      Murid menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang diberikan.

  •      Guru meminta beberapa orang murid untuk menyatakan jawapan mereka.


  • Media Pengajaran :
        Kad Frasa
        Lembaran Kerja

  • Belajar Cara Belajar













Penutup
( 3 minit )

  • Membuat rumusan isi pelajaran.

  • ·       Perlakuan berbahaya semasa berada di jalan raya.
  • ·       Undang-undang dan peraturan jalan raya yang wajib dipatuhi.




  •      Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran dengan menggunakan teknik soal jawab.

  •      Guru menerapkan nilai-nilai murni yang patut ada pada seorang pengguna jalan raya.

  • Kemahiran Pemudahcara
  • Kemahiran belajar
  •         Membuat kesimpulan
  • Teknik Soal Jawab

  • Penerapan nilai-nilai murni.
         Bekerjasama
         Hormat-
      menghormati

Lembaran Kerja
Lengkapkan jadual undang-undang dan peraturan bagi pengguna jalan raya di bawah.


Jenis Pengguna Jalan Raya


Undang-undang dan Peraturan                                                         Pengguna Jalan Raya

Penunggang basikal


1.
2.
3.


Penumpang kereta

1.
2.
3.


Pejalan       Kaki


1.
2.
3.


Penumpang bas


1.
2.
3.
4.


 REFLEKSI PENGAJARAN
Untuk Tugasan 3 KPD 3026 Pengajaran Teknologi dan Penaksiran 2, kami telah diberi tugasan untuk membuat rakaman pengajaran makro. Bagi melaksanakan tugasan tersebut, saya telah memohon bantuan rakan untuk merakamkan pengajaran saya. Saya telah memilih untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 iaitu aspek Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Sebelum memulakan pengajaran makro itu, saya telah merancang pengajaran saya seperti dalam Rancangan Pelajaran Harian Tugasan 4 KPD 3026. Pengajaran makro saya dijalankan untuk 30 minit yang melibatkan seramai 24 orang murid.
Kekuatan
Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan pengajaran makro yang telah saya laksanakan. Antara kekuatan dalam pengajaran makro saya ialah untuk memulakan pengajaran atau set induksi, saya telah menggunakan teknik bersoal jawab tentang bagaimana caranya murid-murid saya pergi ke sekolah dan berapa orang yang pergi ke sekolah berjalan kaki, menaiki kereta atau bas, menunggang basikal dan membonceng motosikal. Sesi bersoal jawab ini telah mendapat respon yang amat positif daripada murid-murid sebelum saya meneruskan pengajaran untuk langkah yang seterusnya.
Untuk langkah pengajaran saya yang kedua pula, saya telah menggunakan poster sebagai media pengajaran saya. Penggunaan poster ini telah menarik perhatian murid-murid dengan menumpukan perhatian pada poster yang dilekatkan di papan hitam. Selepas itu, saya telah mengadakan sesi perbincangan dengan murid-murid tentang apakah perlakuan berbahaya yang telah dilakukan oleh pengguna-pengguna jalan raya yang terdapat dalam poster tersebut. Setelah memberi sedikit masa kepada murid-murid untuk memerhati perlakuan dalam poster tersebut, saya telah meminta beberapa orang murid untuk memberitahu saya dan kelas tentang perlakuan berbahaya yang telah berjaya dikesan oleh mereka. Sesi ini telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada murid-murid dan memberi peluang kepada mereka memberi pendapat atau jawapan dengan penuh keyakinan.
Untuk langkah pengajaran yang seterusnya, saya telah menggunakan kad-kad frasa dan gambar sebagai media pengajaran saya. Sebelum saya menunjukkan kad-kad frasa tersebut, saya telah meminta murid-murid untuk menyatakan undang-undang atau peraturan jalan raya yang patut dipatuhi oleh pengguna-pengguna jalan raya seperti yang terdapat dalam poster tersebut. Melalui sesi ini, saya mendapati murid-murid telah mengetahui undang-undang dan peraturan jalan raya. Saya telah melekatkan satu-persatu kad-kad frasa tersebut di atas papan hitam dan meminta murid-murid membacanya secara kelas atau beramai-ramai. Sekali lagi saya amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid. Selepas itu, saya telah mengedarkan lembaran kerja sebagai bahan untuk menilai penguasaan atau pemahaman murid-murid terhadap pengajaran saya sama ada mencapai objektif atau sebaliknya. Setelah memberi masa kepada murid-murid untuk menyiapkan tugasan tersebut, sekali lagi saya telah meminta beberapa orang murid untuk membacakan jawapan mereka. Apa yang membanggakan saya ialah setelah disemak seramai 21 orang daripada 24 orang telah berjaya melengkapkan jawapan dengan tepat.
Untuk menutup pengajaran tersebut, saya telah menggunakan sekali lagi teknik bersoal jawab untuk merumus isi pelajaran saya dan menerapkan nilai-nilai murni yang harus diamalkan oleh pengguna-pengguna jalan raya bagi menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
Kelemahan dan Langkah Mengatasi
Walaupun saya merasakan pengajaran makro itu telah dijalankan dengan jayanya, namun masih terdapat ruang atau kelemahan yang harus diperbaiki atau ada penambahbaikan yang perlu dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran saya akan datang menjadi lebih menarik dan berkesan. Antaranya ialah penggunaan kata peneguhan seperti baik, bagus dan sebagainya haruslah diucapkan supaya murid merasakan mereka dihargai dan disayangi. Teknik penyoalan juga harus diperbaiki. Selain itu, pengurusan masa hendaklah lebih tepat agar tidak mengganggu langkah pengajaran yang seterusnya contohnya masa murid-murid untuk membuat lembaran kerja cukup dan semakan atau pembetulan terus dapat dijalankan.
Aktiviti penggayaan dan pemulihan juga sepatutnya ada dijalankan. Akhir sekali, aktiviti untuk sistem bahasa juga tidak dijalankan sedangkan ianya ada dirancang dalam penulisan rancangan pelajaran harian.Oleh itu, saya berharap segala kelemahan ini mampu saya atasi pada masa akan datang manakala kekuatan yang ada akan terus dipertingkatkan.