Search This Blog

Wednesday, December 7, 2011

Pengajaran Makro Bahasa Melayu Tahun 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5
Mata Pelajaran : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
Kelas : Tahun 5 Cempaka
Masa : 30 minit
Bil. Murid : 24 orang
Unit : 8. Masalah Semasa Perjalanan
Tajuk : 1. Mari Kita Selidik
Kemahiran :   
Fokus Utama : 4.2 Aras 3 (i)             
Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)                 
PKJR : 3.1.3, 3.1.4, 10.1.9, 10.1.10
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :         
1) Melengkapkan jadual undang-undang dan peraturan bagi pengguna jalan raya dengan betul.
2) Membandingkan perbezaan undang-undang dan peraturan pengguna jalan raya dengan bahasa yang betul.
Aktiviti : 
1) Bersoal jawab dengan murid tentang cara mereka ke sekolah.  
2) Perbincangan dengan murid tentang apakah undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya.    
3) Menunjukkan poster dan bersoal jawab dengan murid tentang perlakuan berbahaya oleh pengguna jalan raya di dalam poster.      
4) Menunjukkan kad frasa tentang undang-undang dan peraturan jalan raya dan murid diminta membaca kad frasa tersebut.
5) Mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapi oleh murid.  
6) Secara lisan, beberapa orang murid diminta menyatakan jawapan mereka.
7) Guru merumuskan isi pelajaran dan nilai-nilai murni.
Sistem Bahasa :
1) Tatabahasa - Imbuhan awalan. Cth : memakai, berjalan, menghadap
2) Kosa kata - kemungkinan, wajib, patuh
Pengisian Kurikulum : 
1) Ilmu - Pendidikan Sivik dan Kemasyarakatan
2) Nilai - kerjasama, hormat-menghormati
3) KBKK - menjana idea, membanding dan membeza
Media Pengajaran (BBM) : poster, kad frasa, lembaran kerja
Bahan Rujukan : Buku Panduan PKJR Tahun 5, Buku Aktiviti PKJR Tahun 5
Refleksi : 21 daripada 24 orang murid menjawab semua soalan lembaran kerja dengan betul.


LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
LANGKAH DAN MASA
ISI        PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN







Set Induksi
( 4 minit )

  • Soal jawab tentang cara pergi ke sekolah.

  •      Bersoal jawab dengan murid tentang cara mereka ke sekolah.
·         Pejalan kaki
·         Penunggang basikal
·         Penumpang kereta
·         Penumpang bas
·         Pembonceng   motosikal

  •      Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.


  •  Teknik Soal Jawab










Langkah 1
( 8 minit )

  • Perbincangan tentang poster ‘Perlakuan Berbahaya’.

  •      Guru menunjukkan poster dan menyoal murid tentang perlakuan berbahaya dalam poster.

  •      Murid meneliti dan mengenal pasti perlakuan berbahaya dalam poster untuk menjawab soalan guru.
·         Pejalan kaki
·         Penunggang basikal
·         Pemandu kereta
·         Penumpang kereta
·         Penunggang motosikal
·         Penumpang bas


  • Media Pengajaran :
                    Poster

  • KBKK
        Menjana Idea
        Membanding dan
 Membeza

















Langkah 2
( 15 minit )
  • Kad frasa tentang ‘Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya’.




  • Sistem Bahasa tentang ‘Imbuhan Awalan’.







  • Lembaran kerja untuk menilai pemahaman murid tentang tajuk pelajaran.
(Melengkapkan jadual undang-undang dan peraturan bagi pengguna jalan raya di bawah.)
  •      Guru menunjukkan kad-kad frasa tentang ‘Undang-undang dan peraturan jalan raya kepada murid.

  •       Murid membaca kad-kad frasa.

  •       Murid mencari dan menyebut perkataan yang berimbuhan awalan dalam kad-kad frasa.
·         Berjalan
·         Memakai
·         Menghadap
·         Beratur
·         Melintas
·         Bermain
·         Sebelum

  •      Guru mengedarkan lembaran kerja.

  •      Murid menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang diberikan.

  •      Guru meminta beberapa orang murid untuk menyatakan jawapan mereka.


  • Media Pengajaran :
        Kad Frasa
        Lembaran Kerja

  • Belajar Cara Belajar













Penutup
( 3 minit )

  • Membuat rumusan isi pelajaran.

  • ·       Perlakuan berbahaya semasa berada di jalan raya.
  • ·       Undang-undang dan peraturan jalan raya yang wajib dipatuhi.




  •      Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran dengan menggunakan teknik soal jawab.

  •      Guru menerapkan nilai-nilai murni yang patut ada pada seorang pengguna jalan raya.

  • Kemahiran Pemudahcara
  • Kemahiran belajar
  •         Membuat kesimpulan
  • Teknik Soal Jawab

  • Penerapan nilai-nilai murni.
         Bekerjasama
         Hormat-
      menghormati

Lembaran Kerja
Lengkapkan jadual undang-undang dan peraturan bagi pengguna jalan raya di bawah.


Jenis Pengguna Jalan Raya


Undang-undang dan Peraturan                                                         Pengguna Jalan Raya

Penunggang basikal


1.
2.
3.


Penumpang kereta

1.
2.
3.


Pejalan       Kaki


1.
2.
3.


Penumpang bas


1.
2.
3.
4.


 REFLEKSI PENGAJARAN
Untuk Tugasan 3 KPD 3026 Pengajaran Teknologi dan Penaksiran 2, kami telah diberi tugasan untuk membuat rakaman pengajaran makro. Bagi melaksanakan tugasan tersebut, saya telah memohon bantuan rakan untuk merakamkan pengajaran saya. Saya telah memilih untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 iaitu aspek Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Sebelum memulakan pengajaran makro itu, saya telah merancang pengajaran saya seperti dalam Rancangan Pelajaran Harian Tugasan 4 KPD 3026. Pengajaran makro saya dijalankan untuk 30 minit yang melibatkan seramai 24 orang murid.
Kekuatan
Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan pengajaran makro yang telah saya laksanakan. Antara kekuatan dalam pengajaran makro saya ialah untuk memulakan pengajaran atau set induksi, saya telah menggunakan teknik bersoal jawab tentang bagaimana caranya murid-murid saya pergi ke sekolah dan berapa orang yang pergi ke sekolah berjalan kaki, menaiki kereta atau bas, menunggang basikal dan membonceng motosikal. Sesi bersoal jawab ini telah mendapat respon yang amat positif daripada murid-murid sebelum saya meneruskan pengajaran untuk langkah yang seterusnya.
Untuk langkah pengajaran saya yang kedua pula, saya telah menggunakan poster sebagai media pengajaran saya. Penggunaan poster ini telah menarik perhatian murid-murid dengan menumpukan perhatian pada poster yang dilekatkan di papan hitam. Selepas itu, saya telah mengadakan sesi perbincangan dengan murid-murid tentang apakah perlakuan berbahaya yang telah dilakukan oleh pengguna-pengguna jalan raya yang terdapat dalam poster tersebut. Setelah memberi sedikit masa kepada murid-murid untuk memerhati perlakuan dalam poster tersebut, saya telah meminta beberapa orang murid untuk memberitahu saya dan kelas tentang perlakuan berbahaya yang telah berjaya dikesan oleh mereka. Sesi ini telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada murid-murid dan memberi peluang kepada mereka memberi pendapat atau jawapan dengan penuh keyakinan.
Untuk langkah pengajaran yang seterusnya, saya telah menggunakan kad-kad frasa dan gambar sebagai media pengajaran saya. Sebelum saya menunjukkan kad-kad frasa tersebut, saya telah meminta murid-murid untuk menyatakan undang-undang atau peraturan jalan raya yang patut dipatuhi oleh pengguna-pengguna jalan raya seperti yang terdapat dalam poster tersebut. Melalui sesi ini, saya mendapati murid-murid telah mengetahui undang-undang dan peraturan jalan raya. Saya telah melekatkan satu-persatu kad-kad frasa tersebut di atas papan hitam dan meminta murid-murid membacanya secara kelas atau beramai-ramai. Sekali lagi saya amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid. Selepas itu, saya telah mengedarkan lembaran kerja sebagai bahan untuk menilai penguasaan atau pemahaman murid-murid terhadap pengajaran saya sama ada mencapai objektif atau sebaliknya. Setelah memberi masa kepada murid-murid untuk menyiapkan tugasan tersebut, sekali lagi saya telah meminta beberapa orang murid untuk membacakan jawapan mereka. Apa yang membanggakan saya ialah setelah disemak seramai 21 orang daripada 24 orang telah berjaya melengkapkan jawapan dengan tepat.
Untuk menutup pengajaran tersebut, saya telah menggunakan sekali lagi teknik bersoal jawab untuk merumus isi pelajaran saya dan menerapkan nilai-nilai murni yang harus diamalkan oleh pengguna-pengguna jalan raya bagi menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
Kelemahan dan Langkah Mengatasi
Walaupun saya merasakan pengajaran makro itu telah dijalankan dengan jayanya, namun masih terdapat ruang atau kelemahan yang harus diperbaiki atau ada penambahbaikan yang perlu dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran saya akan datang menjadi lebih menarik dan berkesan. Antaranya ialah penggunaan kata peneguhan seperti baik, bagus dan sebagainya haruslah diucapkan supaya murid merasakan mereka dihargai dan disayangi. Teknik penyoalan juga harus diperbaiki. Selain itu, pengurusan masa hendaklah lebih tepat agar tidak mengganggu langkah pengajaran yang seterusnya contohnya masa murid-murid untuk membuat lembaran kerja cukup dan semakan atau pembetulan terus dapat dijalankan.
Aktiviti penggayaan dan pemulihan juga sepatutnya ada dijalankan. Akhir sekali, aktiviti untuk sistem bahasa juga tidak dijalankan sedangkan ianya ada dirancang dalam penulisan rancangan pelajaran harian.Oleh itu, saya berharap segala kelemahan ini mampu saya atasi pada masa akan datang manakala kekuatan yang ada akan terus dipertingkatkan.


No comments:

Post a Comment